Kesiannya semoga 10 lelaki itu mendapat hukuman yang Setimpal.. Apalah nak jadi dengan Malaysia sekarang ??


#Lans koperal parah dibelasah 10 lelaki

#Kajang: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal parah dibelasah sekumpulan 10 lelaki selepas mangsa dikatakan menegur perbuatan mereka di persimpangan lampu isyarat Sri Taming, di sini, semalam.

#Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 20 tahun bersama seorang lagi rakan dikatakan mengarahkan dua kereta iaitu Proton Waja dan Nissan Sentra dinaiki 10 lelaki berhenti di tepi jalan dipercayai untuk pemeriksaan.

#Bagaimanapun, kumpulan suspek bertindak memukul mangsa secara beramai-ramai dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengarahkan kereta mereka berhenti
di tepi jalan.

#Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anggota polis terbabit turut disamun sebelum suspek melarikan diri.

#“Dompet mangsa bersama telefon bimbit dilarikan suspek manakala rakan mangsa sempat melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan semalam.

#Difahamkan anggota polis terbabit bertugas di Istana Melawati, Putrajaya.

#Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu polis dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


0 Response to "Kesiannya semoga 10 lelaki itu mendapat hukuman yang Setimpal.. Apalah nak jadi dengan Malaysia sekarang ??"

Post a Comment