"Aku Ingatkan Kau Takda Orang Nak" - Shahrol Shiro Kongsi 9 Perangai Sebenar Adiknya Untuk Bakal Suami (3 Foto)

#Dalam kemeriahan artis kita mendirikan rumahtangga, pelawak Shahrol Shiro bakal mengikuti jejak langkah yang sama pada bulan Mac ini kelak.


#Semalam turut menyaksikan majlis pertunangan adik perempuan Shahrol iaitu Faziana. Nampak gayanya adik yang akan bersanding dulu ni. Hehehe.

#Tapi apa yang membuat kami tertarik dengan update daripada Shahrol adalah, Shahrol memberikan 9 perangai sebenar adiknya kepada bakal suami.


# Aku ingatkan kau tak ada orang nak @faziana_azmi ..Takpe la..Selamat Bertunang wahai adikku..Kepada tunang beliau terimalah dia seadanya..Disini aku bagitau perangai beliau :- 
# 1)Malas nak ke dapur 
# 2)Bangun pagi muka macam mak lampir 
# 3)Mandi paling sekejap pun 2jam 1/2 
# 4)Waktu bersolek 5jam 45minit 
# 5)Kuat membebel pada kelajuan 219km/j 
# 6)Suka korek hidung sambil menyanyi 
# 7)Pernah gigit leher biawak 
# 8)Jelingan yg mampu menakutkan sugar glider 
# 9)Pernah buat kek pavlova rasa macam karipap sardin 
# Terimalah beliau seadanya..Tak caya tanya @ajakshiro ngan @afifahamin ..Kami bukan nak bergambar pun sebenarnya tapi takut jelingan tu�� "Selamat Bertunang @faziana_azmi " ..Gerak luuuu..Paper Rogerrrr!!! 
#Adoila, macam ni punya abang pun ada kan? Buat-buat bersabarlah Faziana. Cuma yang buat kami tersengih adalah sebab yang ke-7. Takkan pernah gigit leher biawak? Heheheh

#Apa pun kami doakan semoga urusan adik Shahrol akan dipermudahkan dan segala apa yang dirancang untuk hari besar nanti menjadi kenyataan.

0 Response to ""Aku Ingatkan Kau Takda Orang Nak" - Shahrol Shiro Kongsi 9 Perangai Sebenar Adiknya Untuk Bakal Suami (3 Foto)"

Post a Comment