Ustaz Kazim Akur Dan Redha Dirinya Disantau, Sihir





#Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias mendedahkan dirinya pernah disihir dan disantau beberapa kali.

#Peristiwa beliau telah disantau itu kini viral di aplikasi Whatsapps.

#Dalam mesej tersebut, Ustaz Kazim menceritakan peristiwa beliau yang telah disantau.

#Semuanya bermula pada tahun 1996 apabila beliau menjadi imam qiamullai dan selepas solat subuh, beliau mengalami sakit dada dan badan tiba-tiba sahaja menjadi lemah.

#Beliau yang kemudiannya pergi mendapatkan rawatan di Kedah dan Batu Kurau.

#“Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat dan di Batu Kurau dapatlah jawapan… saya disantau, kuku semua hitam, badan susut mendadak… beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

#Beliau berjaya di ubati namun terpaksa berpantang makan iaitu beliau tidak boleh makan makanan yang tajam dan berbisa seperti tebu, rebung dan kambing.

#Serangan terhadap beliau menggunakan santau ini terjadi beberapa kali sehingga menganggu aktiviti dakwahnya sehinggakan beliau terpaksa berpindah dari rumah sewanya ke rumah sendiri di Batu Gajah.

#Namun sesuatu yang mengejutkan apabila sepasang suami isteri telah datang berjumpa dengannya dan memberitahu bahawa merekalah yang telah menganiaya beliau gara-gara mereka terasa apabila Ustaz Kazim menegur dalam kuliah tentang orang yang berjemaah di masjid.

#Ekoran daripada pengakuan tersebut, beliau telah memaafkan pasangan tersebut dan beberapa orang lain yang telah menganiaya beliau.

#“Tak apa, Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati,” katanya lagi.

#Namun dakwa beliau, pada 2001 merupakan dugaan yang paling berat yang pernah dilalui olehnya sehinggakan beliau telah mengambil inisiatif untuk belajar ilmu perbuatan Islam.




0 Response to "Ustaz Kazim Akur Dan Redha Dirinya Disantau, Sihir"

Post a Comment