Doktor telah membuat imbasan dan beritahu jantina anak kami !! Apapun, semoga kandungan Hanis dalam keadaaan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin nanti..






#Penulis percaya setiap pasangan yang berkahwin pasti menantikan kehadiran penyeri dalam kehidupan mereka, tentulah seorang anak! Begitu juga bagi pasangan sweet Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

#Kali ini penulis tertarik dengan beberapa keping gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram milik Hanis Zalikha menunjukkan jelas perutnya yang semakin membesar. Alahai comel sungguh seri bakal ibu ni.

#Pastinya ramai yang tidak sabar menunggu kelahiran bayi sulung mereka ni bukan? Berikut penulis kongsikan beberapa keping gambar baby bump Hanis Zalikha buat tatapan peminat !











#Seperti umum tahu, pelakon Hanis Zalikha telah berkahwin dengan Hairul Azreen pada 15 Jun tahun lepas. Malah pasangan romantis ini bakal dikurniakan cahaya mata sulung tidak lama lagi. Malah Kisah Sebenar Percintaan Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen juga mendapat perhatian orang ramai.

#Berita tentang kehamilan Hanis Zalikha telah dikongsi oleh suami tersayangnya, Hairul Azreen di instagram ketika mereka menunaikan umrah bulan lalu. Pada masa itu kandungan Hanis telah memasuki empat bulan.


#Bagi Hanis, ini adalah berita gembira buat dirinya dan keluarga kerana mereka sangat sukakan kanak-kanak malah mereka juga menginginkan anak secepat mungkin.

#“Hairul paling teruja dengan kehamilan ini. Apatah lagi kami sukakan kanak-kanak. Dulu, kami fikir mahu mendahulukan soal kerja. Macam-macam kami rancang seperti menerbitkan program travelog dan lain-lain lagi.”

#“Namun, masuk bulan kedua berkahwin, kami menyedari soal anak tidak boleh ditangguh.”

#Hanis turut menceritakan pengalamannya ketika awal kehamilannya. Menurut Hanis, dia tidak dapat makan apa-apa kerana segala yang dimakannya akan diluahkan semula. Namun, apabila masuk trimester kedua, keadaannya makin baik dan mampu menunaikan umrah bersama suami.


#Malah, Hanis juga masih tidak mengetahui jantina anaknya.

#“Doktor yang membuat imbasan beritahu tidak jelas lagi jantina anak. Saya pun tak kisah. Cukuplah jika anak kami sihat. Kalau dapat anak perempuan atau lelaki, saya okay saja. Cuma Hairul mahu anak pertama kami lelaki.”


#Apapun, semoga kandungan Hanis dalam keadaaan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

0 Response to "Doktor telah membuat imbasan dan beritahu jantina anak kami !! Apapun, semoga kandungan Hanis dalam keadaaan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.."

Post a Comment