Korang mesti terkejut Spiderman Jual Nasi Lemak Sebenarnya Seorang Gadis Yang Cantik.Ini Buktinya..

nasi lemak spiderman

#KOTA BHARU: Siapa sangka dengan hanya mengenakan kostum adiwira spiderman, jualan nasi lemak yang diusahakan seorang anak muda berjaya menarik tumpuan orang ramai sehingga menjadi viral di media sosial.

#Memilih konsep watak spiderman sebagai keunikan untuk meniaga nasi lemak, Zawawi Ghazali, 29 tahun berkata, idea tersebut muncul setelah pelbagai perniagaan yang dijalankan olehnya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.

%Akui anak muda yang berasal dari Kampung Kemubu ini, dia juga tidak terlepas daripada kata-kata dan tentangan yang hampir melumpuhkan semangatnya ketika mula-mula mengutarakan idea tersebut.

#“Ramai menganggap idea saya mengarut, tapi dalam masa seminggu Nasi Lemak Spiderman saya berjaya dijual antara 150 hingga 300 paket sehari,” katanya.

#Mengulas lanjut mengenai perniagaan itu, Nawawi berkata, Nasi Lemak Spiderman itu dijual dengan konsep perniagaan bergerak dan kini dijual di beberapa tempat seperti Pasir Tumbuh, hadapan Stadium Sultan Muhammad IV dan sebuah hotel di sini.

#“Saya hanya meletakkan meja di lokasi dipilih untuk menjual nasi lemak. Setiap hari Nasi Lemak Spiderman akan berada di tempat berlainan,” katanya.

#Menurut Zawawi dia membeli kostum adiwira itu secara atas talian dari China dengan harga RM500.

#Zawawi, yang turut mempunyai syarikat pembinaan di Ketereh, memulakan perniagaan nasi lemak bermula jam 8 pagi setiap hari di sekitar bandar Kota Bharu.

0 Response to "Korang mesti terkejut Spiderman Jual Nasi Lemak Sebenarnya Seorang Gadis Yang Cantik.Ini Buktinya.."

Post a Comment